Thursday, May 30, 2013

Marvelous Marble

Semalam ada masa sikit untuk buat riadah kat dapur dan Alhamdulilah, terjadi la Marble Kek buat santapan keluarga. Ringkas dan mudah, resepi dari ibu tersayang :)
Kalau ingatkan masa dulu baru baru nak buat kek ini asyik tak menjadi. Pernah sekali guna loyang terlalu kecil, sampai membuak buak adonan kat dalam oven..tapi itu semua dah tinggal sejarah dan pengajaran. Semlm juga bertungkus lumus nak siapkan 9 adunan biskut chocolate chip utk majlis hari keluarga. Hari ini dapur tutup - buat ayu...tapi tidak buat bonda tersayang...hehehehe

Kek Marble
Biskut Chocolate Chip
Resepi

250g mentega
8oz gula
10 oz tepung naik sendiri - diayak
5 biji telur - diasingkan putih dan kuningnya
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila

Cara - Cara

1. Pukul mentega bersama susu pekat   dan esen vanila hingga kembang dan ketepikan.
2. Pukul telur putih hingga kembang.
3. Masukkan gula sedikit demi sedikit.
4. Masukkan telur kuning satu per satu dan pukul hingga kembang.
5. Kemudian masukkan mentega yg telah dipukul sedikit demi sedikit.
6. Akhir sekali masukkan tepung, dan gaul rata.
7. Bahagi 2 bahagian. 1 - putih & 1 - Coklat
(juga blh 3, ikut cita rasa masing masing)
8. Masukkan dlm loyang (dan loret loretkan adunan) yg sudah disapu mentega dan tepung.
9. Bakar pada suhu 170c selama 45 min - 1 jam.



Monday, May 20, 2013

Tenaga....

Kopi Dan Kueh Tart
Ini la sumber sumber yg memberi tenaga pada hari hari yg tertentu. Kueh tart khas dari my sepupu. Sedap hingga menjilat jari :)

Me back



After an extra long break. Back with a smile and more to share :)

Monday, February 28, 2011

Triple Chocolate Caramel Cake


Hello all, finally i am back and hopefully this time i can be here longer than the previous time i blogged.
Today, i wish to share the birthday cake that i baked for my 15th year old daughter. I saw this at Ayu's blog which she saw at this fantastic lady Rima (i just got to know of her blog recently) so here goes the recipe.........
(psst ayu - i cut & paste eh...thanx)

Ingredients for cake:-(1/2 recipe-18cm)
5 eggs
75g sugar
1/2 tbsp emulsifier
70g flour
30g cocoa powder
40g dark cooking chocolate
50g Margarine-melted( I used butter)

Method:-
Preheat oven 170C. Heat butter until melted, add in cooking chocolate and stir(Double boiling method). Let it cool-set aside.
Whisk eggs and sugar till fluffy. Add emulsifier. Add in sifted flour & cocoa powder into batter and continue to whisk till combined. Lastly add in melted butter/chocolate mixture and stir well. Divide the batter into prepared cake pans. (i used to pans) smoothen the top and bake for about 30 minutes, until a toothpick inserted into centre comes out clean. Cool layers completely. While the cake is baking & cooling, make the filling syrup and ganache.

Ingredients Chocolate Ganache:-
250ml fresh cream/double cream/whipping cream-
250g dark cooking chocolate
30g butter
Method:-
Place the chopped chocolate in a bowl. Heat the cream until it just begins to boil. Remove from heat and pour over the chocolate. Let stand one minute, then stir. Add in butter and continue to stir until smooth. Cling wrap your bowl and let it sit in a chiller for at least 3 hrs. Once ready to spread ganache on your cake, whisk chilled ganache for a few minutes and its ready to be used.

Ingredients Caramel Syrup:-
50g sugar
25ml of water(1)
50ml waster(2)
Method:-
Heat sugar with water(1) over fire(cook until it turns caramelized). Add water(2) into the caramel mixture, cook and stir until caramel melts and blended. Turn off heat, let cool.
(I heated up the sugar waited till it bubbles and slightly burnt before adding water 1&2)-same like Rima did.

To assemble Cake:-
Remove the cake layers from the pan.( Set the first cake layer on a cake plate. Spread simple sugar over it which u can easily do by cooking 1/2 cup of sugar with 1/2 cup of water. Then spread caramel syrup and ganache(1cm thick) over the cake layer, making sure it reaches to the edges. Set another cake layer on top. Spread ganache on the sides and top then pipe a decorative border around the top.
Sources:-From bisousatoi.com,uceuhomemade.blogspot.com & curlybabesatisfaction.com

Thursday, August 12, 2010

Ramadan 1 - Asam Pedas Ikan Debam

 



Salaam semua kawan kawan....semalam dah bermula kita berpuasa, Ayu harap semua berada dalam keadaan sihat & berbahagia disamping org org yg tersayang. Semalam ayu sekeluarga berbuka nasi dgn lauk asam pedas. My mom is back in the kitchen, Alhamdulilah....so semalam my mom masak her most famous diah...Asam Pedas, so here goes the recipe:

Asam Pedas

Bahan utk dikisar
!0 - 20 btg cili kering (direndam hingga lembut)
4 - 5 ulas bawang besar
6- 7 ulas bawang putih
sedikit belacan
1tsp serbuk kunyit

segenggam asam
2 cawan air
garam
ajinamoto
minyak

Cara :

1. Tumis bahan yang dikisar hingga garing.

2. Bubuh garam, ajinamoto dan gaul.

3. Masukkan asam yang sudah dicampur ke dalam air, gaul.

4. Biarkan mendidih, masukkan ikan dan biarkan hingga ikan masak (kecilkan api)

5. Kalau mahu tambah pedas boleh masukkan lada hitam yang dikisar.
Posted by Picasa

Thursday, June 10, 2010

Bingka Ubi


Malam ini terlebih rajin sebab dah lama tak post apa apa.....so malam ini nak share lagi satu recipe...Bingka Ubi. Actually selama ini tau makan aje, bila dah ada orang mintak buatkan kelam kabut sekejap cari resepi tapi alhamdulilah my mom ada simpan resepi bingka ubi yang sedap dan senang, tak perlu timbang timbang....hehehehehe

Bingka Ubi

1 kilo ubi parut - ditos dahulu, buang air yang ditos itu dan ambil kanji ubi
sedikit kelapa parut tanpa kulit
2 cawan gula pasir
100ml santan
1 tsp garam
3 tbsp minyak sapi
warna kuning

Cara :

1. Lenserkan loyang dengan mentega and panaskan oven pada suhu 160c.

2. Masukkan ubi parut, kelapa parut, gula dalam mangkuk dan gaul rata.

3. Kemudian masukkan santan dan gaul.

4. Akhir sekali bubuh warna kuning dan gaul rata.

5. Tuang ke dalam loyang yang sudah dilenser dengan mentega.

6. Bakar selam 40 minit

Yong Tau Foo


Hari ini masak simple aje, Yong Tau Foo. Mula mula nak masak fishball soup je, bila cuci cuci mata kat supermarket ternampak pulak bahan bahan yong tau foo, terus dapat ilham. Pulak my hubby memang suka lauk lauk yang ber-soup....jadi senang la sikit tugas hari ini....

Yong Tau Foo ala Ayu

2 btg cilli merah - dihiris
1 ulas bawang besar - dihiris
2 - 3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 kuib stock ayam
1 liter air
minyak utk menumis

1 pkt fishball mentah
10 biji telur puyu - direbus
1 keping tahu lembik
sayur kailan
bahan bahan yong tau foo - mengikut selera masing masing

Cara :

1. Panaskan minyak lalu tumis bawang putih. Kemudian masukkan bawang besar dan tumis hingga wangi, masukkan cilli mkerah.

2. Masukkan fishball dan gaul rata.

3. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.

4. Kemudian masukkan stock (citarasa masing masing) dan gaul rata.

5. Masukkan semua bahan bahan yong tau foo, telur puyu dan tahu lembik. Bubuh garam jika perlu.

6. Akhir sekali masukkan sayur kailan dan terus padam api.

7. Siap dihidang dengan nasi panas