Thursday, June 10, 2010

Bingka Ubi


Malam ini terlebih rajin sebab dah lama tak post apa apa.....so malam ini nak share lagi satu recipe...Bingka Ubi. Actually selama ini tau makan aje, bila dah ada orang mintak buatkan kelam kabut sekejap cari resepi tapi alhamdulilah my mom ada simpan resepi bingka ubi yang sedap dan senang, tak perlu timbang timbang....hehehehehe

Bingka Ubi

1 kilo ubi parut - ditos dahulu, buang air yang ditos itu dan ambil kanji ubi
sedikit kelapa parut tanpa kulit
2 cawan gula pasir
100ml santan
1 tsp garam
3 tbsp minyak sapi
warna kuning

Cara :

1. Lenserkan loyang dengan mentega and panaskan oven pada suhu 160c.

2. Masukkan ubi parut, kelapa parut, gula dalam mangkuk dan gaul rata.

3. Kemudian masukkan santan dan gaul.

4. Akhir sekali bubuh warna kuning dan gaul rata.

5. Tuang ke dalam loyang yang sudah dilenser dengan mentega.

6. Bakar selam 40 minit

No comments:

Post a Comment