Akhirnya.....dah boleh upload gambar...yahoooooooooo. Hari ini menu mee hong kong special my mom. Simple je dish ni,kalau bulan puasa & musim raya mesti ada menu ini...
Bahan :
500g mee kuning
1 ikat sawi -
100g daging (direbus, potong nipis & simpan air rebusan)
200g udang - buang kulit & tinggalkan bahagian ekor
2 keping fish cake - potong nipis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil tepung jagung (campur sedikit air)
garam secukup rasa (jika perlu)
Bahan untuk rencah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang besar yg telah ditumbuk.
2. Bila sudah naik bau masukkan udang, bila udang sudah masak masukkan daging & sedikit air rebusan daging tadi.
3. Masukkan sawi dan fish cake. Kemudian masukkan sos tiram.
4. Masukkan mee dan gaul rata semua bahan. Curah tepung jagung yg dicampur air. Gaul lagi untuk ratakan tepung pada mee. Jika kurang pekat tambah lagi sedikit tepung jagung.
5. Bubuh garam (sikit aje) jika perlu.
6. Siap untuk dihidangkan bersama lada jeruk.
No comments:
Post a Comment