Monday, March 15, 2010
Stir Fry Fettuccine
Ini kegemaran my daughter yg sulung,Afiqah....she just loves pasta. Hari ini dah mula term break so apalagi macam macam la si anak dara ni minta...since today just she & i kat rumah we had this stir fry fettuccine untuk lunch:
Bahan
1/2 paket fettuccine
3/4 botol sos pasta (Ayu gunakan pasta sauce istant)
100g daging cincang
50g sayur campur- (mixed vegetables)
1/2 labu bawang besar - hiris nipis
2 sudu makan chilli sauce
sedikit garam
Cara - cara
1. Panaskan air dalam periuk. Bila mendidih bubuh sedikit garam dan olive oil. Masukkan fettuccine. Bila sudah masak, keluarkan & tos.
2. Tumis bawang yg di hiris, bila sudah layu masukkan daging cincang dan gaul hingga daging masak.
3. Kemudian masukkan sos pasta, gaul rata. Masukkan sos chilli, gaul rata.
4. Masukkan fettuccine yg sudah direbus tadi dan gaul rata. Bubuh garam jika perlu.
5. Siap dihidangkan...last jgn lupa tabur parmesan cheese, baru ada kick....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment